Tuesday, January 6, 2009

kekalkah persahabatan antara lelaki dan perempuan

Bagi tips persahabatan zaifai ingin memberikan pendapat tentang persahabatan lelaki dan wanita. Anda sedia maklum bahawa lelaki dan wanita mempunyai perangai dan gaya yang tersendiri. Jadi persoalannya adakah kedua-duanya menjadi sahabat yang baik malah membina hubungan yang kekal untuk selamanya. Ramai juga yang berikan pendapat bila lelaki dan perempuan berkenalan atau bersahabat ,ia sering kali bersulam dengan kedatangan rasa cinta.
Tidak kira atau meskipun berbeza latar belakang , hobi dan sebagainya itu semua bukanlah satu alasan untuk anda mencipta satu persahabatan atau perhubungan yang sejati serta meluahkan apa saja yang anda terbuku dihati selama ini. Bagi zaifai jawapannya mudah sahaja. Mari ikuti beberapa tips yang ingin zaifai berikan untuk sebagai panduan anda melayari hubungan istimewa ini.

i. Tidak hipokrit ataupun menipu

Anda tidak perlu hipokrit atau berlakon dalam mencari sahabat yang sejati. Memang tidak dinafikan bahawa lelaki biasanya akan memilih rakan lelaki sebagai kawan karib ini kerana kawan karib yang lebih memahami dan selesa untuk menceritakan sesuatu. Begitu juga dengan wanita yang lebih senang memilih rakan wanita kerana pada satu ketika mereka boleh berkongsi mengenai hal-hal yang sensitive dan rahsia sesama mereka sahaja.

Tetapi dalam erti bersahabat anda perlu faham tujuan wujudnya sebuah persahabatan itu terjalin. Mungkin pada mulanya anda akan merasa tidak selesa jika berhadapan dengan keadaan dimana rakan baik anda ialah rakan berlawanan jantina ( lelaki ). Yaaa mungkin juga anda takut akan ditertawakan orang disekeliling anda.

Tetapi percayalah jika anda serasi bersama , hubungan yang anda bina itu pada mulanya agak janggal itu akan bertukar menjadi erat. Siapa yang tahu hidup anda akan lebih bermakna dengan kehadirannya sebagai teman rapat. Tapi zaifai minta yang paling penting anda tidak berpura-pura atau hipokrit dalam bersahabat.

ii. Bersikap terbuka

Mulakan persahabatan anda dengan menyemai perasaan terbuka. Zaifai menganggap perkara sebegini adalah benar kerana setiap kata-kata sindiran atau ejekan yang tidak menyenangkan teliga selama anda menjalinkan hubungan dengannya.

Bagi seorang yang realistic dengan keadaan , anda tidak akan cepat panas baran ataupun melatah dengan segala ejekan yang datangnya dari teman-teman anda sendiri. Sebaliknya anda mesti tetapkan dengan pendirian anda untuk meneruskan hubungan dengannya walaupun ada segelitir rakan yang lain tidak gemar dan senang dengan langkah yang anda ambil.

Anda perlu paham setiap orang mempunyai pandangan dan pendirian yang berlainan. Begitu juga dengan anda harus mempunyai sikap yang terbuka untuk berkawan baik dengan sesiapa sahaja yang anda sukai. Selagi anda tidak melanggar batas-batas persahabatan , selagi itulah anda akan merasa selesa bersama dengannya..

iii. Jujur dan amanah

Kunci atau tips yang kekalnya sesebuah persahabatan itu terjalin adalah kejujuran dan sikap amanah hati anda. Jika niat anda baik , sudah tentu anda tidak akan disalah anggap oleh orang sekeliling.

Malah jika hubungan yang dibina membuatkan anda rasa selesa dan saling memahami tidak mungkin rakan anda yang lain akan memberikan lampu hijau kepada anda untuk meneruskan persahabatan itu.

Yaaa tidak dinafikan bukan mudah untuk menerima sahabat yang berlainan jantina. Apatah lagi jika anda telah mempunyai kekasih hati. Segala sangka buruk akan berlaku walaupun hubungan anda berdua sekadar kawan. Zaifai membuat rumusan yang paling penting ialah keikhlasan anda sendiri. Insyallah sekiranya anda percaya atau tidak hubungan yang mempunyai cirri-ciri diatas akan kekal sampai bila-bila…

Disini adalah sedikit tips yang telah zaifai kongsi dan berikan kepada anda. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang “ kekalnya sebuah persahabatan antara lelaki dan perempuan” jangan lupa lawati laman web zaifai iaitu ZAIFAI.COM. segala informasi , persoalan dan tips akan disediakan. Tunggu sahaja perlancaran yang akan di beritahu nanti.

Ok kita berjumpa di tips 3B di lain hari.. seperti biasa jangan lupa ( Berfikir , Bertanya dan Betindak )untuk mengubah diri anda lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment