Thursday, April 2, 2009

Tanda-tanda amaran perpisahan

Salam / Selamat sejahtera you all.

Topik kita hari ini adalah zaifai akan memberikan 7 Tanda Amaran Perpisahan dalam perhubungan percintaan. Di antaranya ialah :-
  • Si dia cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan-soalan berkisarkan peribadi
  • Si dia tidak mahu berkongsokan dengan anda kisah-kisah silamnya
  • Sering merahsiakan latar belakang dan keluarganya
  • Si dia tidak menjemput bersama-sama menghadiri majlis-majlis penting
  • Sering marahkan kekasihnya
  • Menghadapi masalah kewangan
  • Si dia akan tertarik dengan orang lain walaupun semasa dengan anda.

Jika 7 Amaran Tanda Perpisahan ini terjadi kepada anda, hendaklah berwaspada dan perbaiki dengan segera sebelum terjadi perkara yang tidak diingini berlaku.

Ingat 3B ( Berfikir,Bertanya dan Bertindak )

Pendapat anda ?

Sunday, March 29, 2009

Perlancaran Ebook 11 Kesilapan Bercinta Terbongkar

Dapatkan Ebook 11 Kesilapan Bercinta Terbongkar dimana dapat membantu anda mengenal pasti kesilapan yang anda telah anda lakukan dalam hubungan percintaan anda selama ini.
Jika anda berminat sila klik Url disini
Pendapat anda ?

Wednesday, March 25, 2009

Adakah si dia berbohong ataupun tidak

Salam / Selamat sejahtera you all...

Pernahkah kekasih anda berbohong ataupun anda pernah berbohong kepada kekasih anda? Bagaimanakah perasaan anda apabila anda mendapat tahu yang kekasih anda berbohong kepada anda. Mungkin anda merasa sakit hati dan terguris bukan.. Persoalannya disini pernah anda tahu kekasih anda berbuat demikian ??
Mengikut kajian kebanyakkan mereka yang bersikap begitu kerana ingin menjaga hati anda ataupun mempunyai niat yang lain. Sebagai contoh:-
  • Berbohong kerana ingin menjaga hati - Sakit, kisah silam yang memilukan dan sahsiah keluarga.
  • Berbohong kerana mempunyai niat yang lain - Bermain kayu tiga ( mencari pasangan lain )

Dsini zaifai memberikan 1 tips kepada anda tentang bagaimana hendak mengetahui sama ada kekasih anda berbohong atau tidak

Melalui mata - Jika anda bercakap dengan si dia cuba perhatikan dan tenungkan sahaja mata si dia. Jika mata berkasih anda cuba mengelak dari ditenung bermakna si dia mengkin berbohong sesuatu atau menyimpan perkara tanpa pengetahuan anda.

P/s - Anda juga boleh tinggalkan tips dan pandangan anda diruangan komen untuk perbincangan topik kita hari ini.

Pendapat anda ??

Monday, March 23, 2009

11 Kesilapan bercinta terbongkar - Part 2

Salam / Selamat sejahtera you all

Hari ini zaifai akan menyambung semula bagi memproses E-book. Pada peringkat ini merupakan peringkat terakhir untuk menyelesaikan proses persiapan ebook.

Peringkat # 2
  1. Menyambung menulis sales copy
  2. Membuat persiapan dan kemaskini design kulit ebook
  3. Membuat carian untuk kesalahan ejaan
  4. Berfikir tentang harga ebook

Nantikan perlancaran ebook yang membongkarkan segala kesilapan anda semasa bercinta.

P/s - Zaifai ingin meminta anda semua memberikan pandangan tentang harga ebook ini.

Thursday, March 19, 2009

Merahsiakan kisah dan cerita silam - Part 2

Salam / Selamat sejahtera

Hari ini zaifai akan menyambung kembali tentang topik merahsaiakan kisah / cerita silam kepada kekasih baru anda. Terlalu banyak email yang zaifai terima daripada pembaca zaifai yang memberikan pandangan dan pendapat.

Kebanyakkan pandangan yang diberikan, ramai yang bersetuju bahawa tidak perlu untuk merahsiakan kepada kekasih baru anda kerana sepatutnya kekasih anda perlu tahu lebih awal tentang kisah dan pengalaman hidup anda sebelum ini.

Mengikut pengalaman zaifai yang pernah dilalui sebelum ini tindakan seperti ini akan membahayakan hubungan cinta anda nanti. Ini kerana jika pasangan anda tahu kisah anda lambat atau mendapat tahu daripada orang lain akan membuatkan pasangan anda berfikir perkara yang negatif.

Disini zaifai akan memberikan 3 cara untuk melupakan kisah yang dulu dan mengembalikan keyakinan pada diri anda.
  • Mengucapkan "innalilah" yang bukan sekadar untuk yang telah meninggal dunia malah ucapan tersebut boleh merawat rohani dalaman diri.
  • Redha dengan perkara yang pernah terjadi sebelum ini.
  • Meminta permintaan yang lain iaitu berdoa untuk tujuan mengembalikan keceriaan dalam kehidupan.

Pendapat anda?






Tuesday, March 17, 2009

Merahsiakan kisah dan cerita silam

Salam / selamat sejahtera.

Anda mungkin mengalami kisah ataupun cerita silam tidak kira yang pahit dan manis malah ada yang tidak dapat dilupakan. Kebanyakkan mereka yang telah bercinta lebih kurang 4-5 tahun mungkin mengalami saat-saat sukar jika berlaku perpisahan ini kerana terlalu banyak kenangan yang tidak dapat ditinggalkan dalam memori.

Tetapi persoalannya patutkah anda merahsiakan kisah dan cerita yang pernah anda alami sebelum ini kepada kekasih baru anda.?

Jika anda mempunyai pandangan / pendapat sila tinggalkan diruangan komen atau emailkan kepada zairifaiezil@zaifai.com

Kita jumpa di bahagian kedua dimana zaifai akan menerangkan lebih lanjut keburukan, kebaikan dan cara-cara melupakan segala kisah-kisah yang dulu.

Pendapat anda ?

Monday, March 16, 2009

E-book 11 Kesilapan Bercinta Terbongkar


E-book 11 Kesilapan Bercinta Terbongkar !!!

Salam / Selamat sejahtera you all..

Buat pertama kalinya zaifai.com akan mengeluarkan E-book yang pertama iaitu 11 Kesilapan Bercinta terbongkar yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. Zaifai berharap dengan kehadiran E-book ini akan membantu anda semua mengesan kesilapan yang sering anda lakukan dalam hubungan cinta.

E-book ini adalah hasilan zaifai sendiri dimana zaifai menemui dan bergaul dengan orang atau pasangan yang mengalami kegagalan bercinta. Memang tidak dinafikan kebanyakkan mereka ini mengulangi kesilapan yang sama apabila mereka menemui kekasih yang baru.

Sepintas lalu proses E-book 11 Kesilapan Bercinta Terbongkar:-

Peringkat # 1

  • Telah menemu bual 10 orang yang mengalami kegagalan bercinta.
  • Dirangkumkan segala kesilapan ini dan mendapati 11 kesilapan yang sering dilakukan.
  • Menulis sales copy.

Kita berjumpa untuk proses yang seterusnya. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya..

Pendapat anda?

Ingat 3B (Berfikir, Bertanya dan Bertindak)