Thursday, February 19, 2009

Sahabat Ohh Sahabat.....


Hidup akan merasa bahagia sekiranya anda dikelilingi oleh sahabat yang sangat mengambil terhadap anda. Ini disebabkan sahabat adalah orang yang paling rapat dengan anda dan sentiasa menemani ketika di waktu susah ataupun senang. Sekiranya anda mahu memiliki sahabat yang baik serta saling tolong menolong anda sepatutnya menjadi sahabat terlebih dahulu pada sekeliling anda.
Di sini ada beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan untuk memiliki sahabat yang sejati.
  • Membantu dan tidak mengharapkan apa jua balasan -

Anda mungkin tahu sebagai sahabat kita hendaklah saling bantu membantu antara satu sama lain. Tetapi anda hendaklah membantu dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dari pertolongan yang diberikan.

  • Mendoakan kebahagian sahabat selalu-

Anda hendaklah sentiasa mendoakan untuk sahabat anda agar di kurniakan badan yang sihat dan hidupnya sentiasa dalam keadaan bahagia. Setiap apa yang di doakan oleh anda untuk sahabat akan dimakbulkan oleh Allah (insyaallah) daripada saat itu persahabatan anda dan sahabat akan menjadi kukuh dan rapat.

  • Berfikiran positif-

Dalam persahabatan, anda hendaklah sentiasa berfikiran positif dan sanggup menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Seeloknya carilah sahabat yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Tetapi awas anda jangan memaksa / mendesak sahabat untuk menyukai apa yang anda suka. Anda sepatutnya hormati pendirian dan kesukaanya.

  • Sedia menerima pendapat-

Jangan terlalu menyempitkan fikiran anda dengan pemahaman anda sendiri. Seharusnya anda menghargai segala pandangan dan pendapatnya kerana sahabat anda ingin memberikan yang terbaik untuk anda. Sentiasalah belajar antara satu sama lain agar dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru setiap hari.

Apakah pendapat dan komen anda

Ingat 3B ( Berfikir, Bertanya dan Bertindak )

No comments:

Post a Comment