Thursday, February 26, 2009

5 Faktor membuatkan lelaki mendekati wanita



  • Seseorang wanita itu amat penting memerlukan personaliti yang menarik. Dengan adanya personaliti sebegitu boleh menyakinkan seseorang lelaki terpikat apabila memandangnya. Mereka akan juga akan merasa lebih yakin untuk mendekati wanita itu.
  • Lelaki terkenal dengan mata keranjang. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menjolokan mata.
  • Kebanyakan lelaki menyukai dan mementingkan sifat sopan. Lelaki amat menyukai perangai sebegini kerana selalunya lelaki tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendekati wanita yang tidak akan memalukan mereka.
  • Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya membuat mereka menoleh untuk kali kedua apabila memandangnya
  • Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripadanya faktor itulah yang membuatkan lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
  • Apakah komen anda ??
    Ingat 3B ( Berfikir, Bertanya dan Bertindak )


1 comment:

  1. lelaki patut tahu yg personaliti menarik lah faktor utama dalam memikat wanita..

    tapi kita kadang2 terlalu fokus kat rupa..

    ReplyDelete