Tuesday, February 24, 2009

10 Tips membuat sekeliling anda happy

Kebahagian adalah hal yang paling penting dan diharapkan oleh semua orang dalam kehidupan harian. Untuk itu cara paling mudah untuk merasa bahagia jangan sesekali mengejar kebahagian diri anda sahaja seeloknya buatlah sesuatu untuk membuat sekeliling anda bahagia juga.
Anda tidak memerlukan pergorbanan yang besar malah sekadar yang kecil sudah memadai. Mulakan tahun ini dengan perkara yang baik bagi membahagiakan orang disekeliling anda supaya anda secara tidak lansung dapat menikmati kebahagian yang sama.

Di sini zaifai ingin menyampaikan 10 Tips untuk anda gunakan dalam kehidupan harian anda.

  1. Sentiasa memuji teman anda setiap kali tampil dengan bergaya dan menarik
  2. Berhubung dengan teman-teman lama sekadar bertanyakan khabar
  3. Membawa juadah sarapan untuk rakan pejabat.
  4. Mengucapkan "I LOVE U" kepada orang yang tersayang.
  5. Sekiranya anda berada di dalam bas tawarkan kerusi atau tempat duduk untuk orang yang memerlukan.
  6. Memberikan tumpangan kepada rakan anda yang menuju ke arah / destinasi yang sama.
  7. Membantu dan menolong orang yang membawa barangan yang berat.
  8. Berbelanja sekali skala makan sebagai contoh makan tengah hari.
  9. Mengirimkan bunga buat sahabat anda yang berada berjauhan dengan anda.
  10. Sentiasa memberikan bantuan dari segi pelajaran seandainya sahabat anda lemah dalam subjek tertentu.

Dengan adanya 10 Tips ini boleh anda akan merasa dan menikmati kebahagian diri sendiri dengan membuatkan sekeliling anda bahagia.

Apakah pandangan dan komen anda..

Ingat 3B ( Berfikir, Bertanya dan Bertindak ).

No comments:

Post a Comment