Monday, March 9, 2009

Kesabaran dalam percintaan


Salam dan selamat sejahtera you all
Macam mana dengan sambutan Maulidur Rasul anda pada tahun ini? Zaifai berharap anda banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Malah zaifai berharap anda sentiasa berada dalam keadaan sihat. Dalam perbincangan kita pada hari ini adalah "kesabaran dalam percintaan".
Ya!!anda memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menempuh atau mengharungi setiap saat dan detik dalam hubungan percintaan dengan kekasih anda. Sekiranya anda mempunyai kesabaran yang tinggi segala permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan sebaik-baiknya. Mengikut kata-kata ulama "Sabar merupakan separuh daripada iman". Contoh sikap tidak sabar adalah-
  • Jika berlakunya kesesakan lalulintas.
  • Membawa kenderaan dengan had laju.
  • Suka memarahi orang dan kekasih anda.
Adanya kesabaran dalam diri mempunyai kelebihan yang banyak terhadap anda dan kekasih. Diantaranya ialah anda dapat berbincang antara satu sama lain, mengelakkan daripada melakukan kesilapan / pergaduhan dan akan disukai oleh orang lain.

Untuk memiliki sikap sabar memang memerlukan displin yang tinggi. Disini terdapat 5 cara untuk memiliki sikap sabar :-
  1. Menunaikan solat fardhu ( Bagi agama islam)
  2. Suka memaafkan kesalahan orang lain.
  3. Menahan marah jika anda merupakan seorang panas baran.
  4. Suka menolong orang dalam kesusahan.
  5. Sentiasa berdoa.

Banyak lagi cara untuk memiliki sikap sabar, disini hanyalah beberapa sahaja yang boleh zaifai berikan kepada anda. Oleh itu zaifai berharap anda agar bersikap penyabar dalam menempuh kehidupan seharian yang penuh rintangan dan dugaan.

Pendapat anda?

Ingat 3B ( Bertanya, Berfikir dan Bertindak )


1 comment:

  1. salam..
    promosikn apa saja ttg diri @ apa shj mngenai ANDAmlalui sistem SMS...
    saya PASTI diluar sana tertggu2x 'updated' ttg diri ANDA (termsk saya!) ..layari www.klikjaya.blogspot.com
    Bacalah,mana thu berminat utk 'simpanan hari tua'...

    ReplyDelete