Friday, March 13, 2009

Keluarga atau Kekasih ???

Salam / selamat sejahtera you all..
Mana yang lebih penting keluarga atau pun kekasih anda? Mungkin susah bagi anda untuk menjawab soalan ini kerana kedua-duanya penting dalam kehidupan. Kebanyakkan masyarakat kita di Malaysia terutamanya remaja hari ini memilih kekasih adalah perkara yang sangat penting dalam hidupnya. Sering anda lihat dan dengar selalunya banyak terjadi pada kaum wanita. Kerana kekasihnya adalah satu-satunya kesayangan mereka dan keluarga dianggap yang kedua.
Disini ada 4 Perbezaan Keluarga dan Kekasih
Keluarga:
  • Dapat berkongsi masalah pada bila-bila masa.
  • Mereka yang membesarkan kita semua sehingga berjaya dan penuh kasih sayang sampai bila-bila.
  • Mendapat keberkatan dalam kehidupan.
  • Boleh dianggap sahabat dan kawan.

Kekasih:-

  • Boleh berkongsi masalah tetapi mempunyai masa-masa tertentu
  • Kekasih tidak membesarkan kita dan tidak tahu kasih sayang mereka sampai bila.
  • Hanya dianggap sebagai kekasih.
  • Jika berlaku masalah hubungan cinta, kekasih akan meninggalkan kita.

Oleh itu anda fikirkan kebaikan dan keburukan terlebih dahulu untuk memilihkan antara keluarga ataupun kekasih.

Pendapat anda ?

Ingat 3B ( Berfikir, Bertanya dan Bertindak )

No comments:

Post a Comment