Friday, March 6, 2009

Sambutan Hari Wanita & Maulidur Rasul

Hari ini zaifai tidak menulis Tip untuk Tip (3B) kerana zaifai ingin menyampaikan ucapkan Selamat Hari Wanita dan Maulidur Rasul kepada umat islam di selruh negara yang akan disambaut pada Ahad (08.Mac) dan Isnin (09.Mac). Kesempatan ini juga zaifai menyampaikan beberapa kata-kata nasihat dan semangat untuk kita menghadapi masa-masa yang akan datang ini:-

Sempena Hari Wanita zaifai ingin mengingati kepada semua wanita agar pelihara maruah anda sebagai wanita yang beriman kerana islam memandang tinggi kepada wanita yang mempunyai sifat dan sikap seorang wanita yang solehah. Kerana dalam Al-quran
Allah s.w.t berfirman:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."
Dengan itu diminta kepada para wanita patuhi segala suruhan-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya.

Pada tahun ini marilah kita menyambut Muaulidur Rasul dengan penuh keimanan terhadap Allah s.w.t supaya iman kita akan bertambah lebih baik dan cemerlang. Selain kita mencintai family, isteri dan kekasih kita tetapi hendaklah janganlah kita lupa untuk mencintai Allah s.w.t dengan sepenuh hati tanpa berbelah bagi. Rasullulah juga telah meninggalkan pelbagai panduan dan tauladan untuk kita ikuti. Marilah rakan-rakan semua kita menhayati sepenuhnya sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Mungkin zaifai akan terlibat dengan perarakan/pembarisan diseremban. Selama 2 hari ini zaifai tidak akan menulis atau update untuk Tip (3B) kerana zaifai balik bercuti. Zaifai berharap kepada semua untuk ikut serta dalam perarakan dikawasan anda.

Pendapat Anda
Ingat 3B ( Bertanya, Berfikir dan Bertindak )

No comments:

Post a Comment