Wednesday, December 31, 2008

Welcome to 2009....


Tahun 2009 yang akan hadir ini perlu anda hadapi dengan penuh cabaran kerana dengan kemelesatan ekonomi yang melanda lebih hebat sekali gus membuatkan anda perlu lebih berhati-hati menghadapi masa depan. Menurut para pemimpin, anda perlu lebih berjimat-cermat dan bijak mengatur langkah bagi mengelakkan daripada hanyut di bawa arus.
Paling penting anda perlu menghargai apa yang ada di hadapan mata. Jangan sampai menyesal atau menangis bila peluang tersebut sudah berlalu. Biarpun di tahun 2008 yang lalu zaifai melalui pelbagai dugaan yang ada kalanya bagaikan tidak tertanggung badan. Zaifai juga bersyukur kerana masih diberikan untuk bernafas , berfikir dan berusaha untuk menjadikan tahun 2009 ini lebih indah dan bermakna.
Zaifai juga akan menlancarkan laman web perkhidmatan di mana zaifai ingin membantu menyelesaikan masalah tentang percintaan & persahabatan. Laman web tersebut akan diberikan nama ZAIFAI.COM sempena nama zaifai sendiri. Nantikan kemunculannya !!!!
Hingga berjumpa lagi senyum-senyum selalu dan mulakan perubahan hari ini untuk meraih kejayaan di masa akan datang.

Jaga diri dan ceria selalu !!! :-)

No comments:

Post a Comment