Tuesday, December 30, 2008

Good BYEE .....2008 !!!!


Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2008 akan menutupkan tirainya.Pasti banyak memori pahit & manis yang menghiasi kehidupan anda sepanjang tahun ini bukan ???
Zaifai juga begitu terlalu banyak perkara pahit dan manis yang perlu zaifai tempuhi sepanjang tahun ini yang di antaranya menguji ketahanan diri.Yang manis zaifai pahatkan sebagai memori terindah dan pahit pula akan zaifai jadikan azimat agar diri lebih kuat menghadapi dugaan di hari akan datang.

“Hendak atau tidak , hidup ini perlu anda teruskan… Jangan sekali-kali menyalahkan takdirkan atau orang lain seandainya di uji ataupun apa yang anda harapkan tidak menjadi realiti”

Anda perlu terus berusaha memperbaiki diri untuk jadikan diri anda di tahun 2009 nanti lebih baik berbanding dengan 2008 ini. Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang anda memiliki hari ini ,tetapi teruslah berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.

No comments:

Post a Comment