Thursday, March 19, 2009

Merahsiakan kisah dan cerita silam - Part 2

Salam / Selamat sejahtera

Hari ini zaifai akan menyambung kembali tentang topik merahsaiakan kisah / cerita silam kepada kekasih baru anda. Terlalu banyak email yang zaifai terima daripada pembaca zaifai yang memberikan pandangan dan pendapat.

Kebanyakkan pandangan yang diberikan, ramai yang bersetuju bahawa tidak perlu untuk merahsiakan kepada kekasih baru anda kerana sepatutnya kekasih anda perlu tahu lebih awal tentang kisah dan pengalaman hidup anda sebelum ini.

Mengikut pengalaman zaifai yang pernah dilalui sebelum ini tindakan seperti ini akan membahayakan hubungan cinta anda nanti. Ini kerana jika pasangan anda tahu kisah anda lambat atau mendapat tahu daripada orang lain akan membuatkan pasangan anda berfikir perkara yang negatif.

Disini zaifai akan memberikan 3 cara untuk melupakan kisah yang dulu dan mengembalikan keyakinan pada diri anda.
  • Mengucapkan "innalilah" yang bukan sekadar untuk yang telah meninggal dunia malah ucapan tersebut boleh merawat rohani dalaman diri.
  • Redha dengan perkara yang pernah terjadi sebelum ini.
  • Meminta permintaan yang lain iaitu berdoa untuk tujuan mengembalikan keceriaan dalam kehidupan.

Pendapat anda?






No comments:

Post a Comment