Thursday, February 26, 2009

5 Faktor membuatkan lelaki mendekati wanita



  • Seseorang wanita itu amat penting memerlukan personaliti yang menarik. Dengan adanya personaliti sebegitu boleh menyakinkan seseorang lelaki terpikat apabila memandangnya. Mereka akan juga akan merasa lebih yakin untuk mendekati wanita itu.
  • Lelaki terkenal dengan mata keranjang. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menjolokan mata.
  • Kebanyakan lelaki menyukai dan mementingkan sifat sopan. Lelaki amat menyukai perangai sebegini kerana selalunya lelaki tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendekati wanita yang tidak akan memalukan mereka.
  • Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya membuat mereka menoleh untuk kali kedua apabila memandangnya
  • Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripadanya faktor itulah yang membuatkan lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
  • Apakah komen anda ??
    Ingat 3B ( Berfikir, Bertanya dan Bertindak )


Tuesday, February 24, 2009

10 Tips membuat sekeliling anda happy

Kebahagian adalah hal yang paling penting dan diharapkan oleh semua orang dalam kehidupan harian. Untuk itu cara paling mudah untuk merasa bahagia jangan sesekali mengejar kebahagian diri anda sahaja seeloknya buatlah sesuatu untuk membuat sekeliling anda bahagia juga.
Anda tidak memerlukan pergorbanan yang besar malah sekadar yang kecil sudah memadai. Mulakan tahun ini dengan perkara yang baik bagi membahagiakan orang disekeliling anda supaya anda secara tidak lansung dapat menikmati kebahagian yang sama.

Di sini zaifai ingin menyampaikan 10 Tips untuk anda gunakan dalam kehidupan harian anda.

  1. Sentiasa memuji teman anda setiap kali tampil dengan bergaya dan menarik
  2. Berhubung dengan teman-teman lama sekadar bertanyakan khabar
  3. Membawa juadah sarapan untuk rakan pejabat.
  4. Mengucapkan "I LOVE U" kepada orang yang tersayang.
  5. Sekiranya anda berada di dalam bas tawarkan kerusi atau tempat duduk untuk orang yang memerlukan.
  6. Memberikan tumpangan kepada rakan anda yang menuju ke arah / destinasi yang sama.
  7. Membantu dan menolong orang yang membawa barangan yang berat.
  8. Berbelanja sekali skala makan sebagai contoh makan tengah hari.
  9. Mengirimkan bunga buat sahabat anda yang berada berjauhan dengan anda.
  10. Sentiasa memberikan bantuan dari segi pelajaran seandainya sahabat anda lemah dalam subjek tertentu.

Dengan adanya 10 Tips ini boleh anda akan merasa dan menikmati kebahagian diri sendiri dengan membuatkan sekeliling anda bahagia.

Apakah pandangan dan komen anda..

Ingat 3B ( Berfikir, Bertanya dan Bertindak ).

Sunday, February 22, 2009

Perlancaran laman web zaifai.com



Alhamdulilah, syukur akhirnya saya dapat menlancarkan laman web zaifai.com yang mengambil masa yang agak lama kerana mempunyai urusan yang lain. Tujuan laman web ini di wujudkan adalah untuk membantu mereka yang mengalami pelbagai masalah hubungan cinta. Memag tidak di nafikan kebanyakan mereka mempunyai pengalaman bercinta tetapi sering kali kecundang di tengah jalan. Ini kerana apabila masalah yang datang menimpa mereka seolah-olah tidak tahu cara,langkah dan teknik yang betul untuk mengatasinya. Dengan wujud zaifai.com dapat membantu dan menolong mereka yang hadapi situasi sebegitu.

Di zaifai.com menjalankan perkhidmatan "Guide Online" yang dipanggil BIG HELPS PROGRAM dimana sesiapa sahaja boleh menyertai program ini. Program Guide Online merupakan program yang pertama dijalankan atau dilaksanakan di Malaysia. Ya memang kebanyakan laman web menyediakan produk-produk tentang cinta, cara-cara mengenali pasangan dan sebagainya, tetapi adakah anda terfikir jika berlaku permasalahan berlaku dalam hubungan anda. Dimana harus anda rujuk atau berkongsi masalah anda itu?.

Moga anda dapat menerima kedatangan zaifai.com di mata hati anda dan kami berharap agar dapatlah kami membantu dan menolong mereka ketika mereka berada dalam kesedihan, kesunyian dan kesengsaraan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut sila lawati di http://www.zaifai.com/.


Apa pandangan dan komen anda.
Ingat 3B (Berfikir,Bertanya dan Bertindak)








Thursday, February 19, 2009

Sahabat Ohh Sahabat.....


Hidup akan merasa bahagia sekiranya anda dikelilingi oleh sahabat yang sangat mengambil terhadap anda. Ini disebabkan sahabat adalah orang yang paling rapat dengan anda dan sentiasa menemani ketika di waktu susah ataupun senang. Sekiranya anda mahu memiliki sahabat yang baik serta saling tolong menolong anda sepatutnya menjadi sahabat terlebih dahulu pada sekeliling anda.
Di sini ada beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan untuk memiliki sahabat yang sejati.
  • Membantu dan tidak mengharapkan apa jua balasan -

Anda mungkin tahu sebagai sahabat kita hendaklah saling bantu membantu antara satu sama lain. Tetapi anda hendaklah membantu dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dari pertolongan yang diberikan.

  • Mendoakan kebahagian sahabat selalu-

Anda hendaklah sentiasa mendoakan untuk sahabat anda agar di kurniakan badan yang sihat dan hidupnya sentiasa dalam keadaan bahagia. Setiap apa yang di doakan oleh anda untuk sahabat akan dimakbulkan oleh Allah (insyaallah) daripada saat itu persahabatan anda dan sahabat akan menjadi kukuh dan rapat.

  • Berfikiran positif-

Dalam persahabatan, anda hendaklah sentiasa berfikiran positif dan sanggup menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Seeloknya carilah sahabat yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Tetapi awas anda jangan memaksa / mendesak sahabat untuk menyukai apa yang anda suka. Anda sepatutnya hormati pendirian dan kesukaanya.

  • Sedia menerima pendapat-

Jangan terlalu menyempitkan fikiran anda dengan pemahaman anda sendiri. Seharusnya anda menghargai segala pandangan dan pendapatnya kerana sahabat anda ingin memberikan yang terbaik untuk anda. Sentiasalah belajar antara satu sama lain agar dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru setiap hari.

Apakah pendapat dan komen anda

Ingat 3B ( Berfikir, Bertanya dan Bertindak )

Tuesday, February 17, 2009

Rahsia membuat pasangan sentiasa mengingati

Cinta memang sangat penting kepada kehidupan kita, tetapi yang penting adalah kesediaan menerima pasangan anda seadanya. Kali ini zaifai ingin berkongsi idea bersama anda bagaimana ingin melakukan sesuatu supaya pasangan anda akan sentiasa teringat kepada anda. Pernahkah anda terfikir ke arah itu? Oleh itu ikuti beberapa idea yang dapat zaifai kongsikan bersama anda.

Menjadi Romantik dengan pasangan anda...


Hubungan anda dan pasangan perlulah dalam keadaan mesra serta romantik. Jikalau anda sudah lama bercinta, ini bukanlah bermaksud si dia tidak memerlukan belaian mesra daripada anda. Sebaiknya kekalkan hubungan / keintiman seperti anda mula-mula bercinta dahulu. Bangkitkan mood romantik dalam hubungan anda itu.


Tidak mengamalkan tabiat cemburu buta....

Memiliki perasaan cemburu buta akan membuat pasangan rasa dirinya tidak di percayai lagi. Ini akan menambahkan hidup anda tidak tenteram malah sentiasa berfikiran negatif terhadap pasangan anda. Ini akan mengakibatkan pasangan anda akan merasa bosan dengan sikap cemburu anda itu. Zaifai nasihatkan gunakanlah kaedah dengan kata lain memiliki cemburu yang sihat agar anda dan pasangan dapat membetulkan jika berlakunya kesilapan demi menjaga kebaikan anda bersama.

Sentiasa menelefon kekasih anda...

Jika alasan anda selama ini tidak mempunyai masa untuk berhubung bukanlah satu alasan. Berikan atau luangkan masa lima atau sepuluh minit untuk bertanyakan khabar serta membuat ucapan "I LOVE U" dan sebagainya, pasti pasangan anda akan merasa gembira. Jika disebaliknya terjadi pula tanpa ada panggilan atau sms mungkin dia akan merasakan sesuatu kekurangan dalam kehidupannya, oelh itu anda hendaklah bertindak segera.

Apakah pendapat anda tentang idea di atas.?

Ingat 3B ( Bertanya, Berfikir dan Bertindak )

Tuesday, January 27, 2009

Jauh perjalanan , Luas pemandangan

Dalam pembincangan kita hari ini merupakan topik yang baru ingin zaifai sampaikan. Mari kita lupakan sebentar tentang masalah yang anda hadapi sekarang. Sebelum zaifai meneruskan topik ini zaifai ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini disebabkan ada kerja-kerja yang tidak dapat dielakkan.

Pada minggu yang lepas zaifai dan keluarga pergi bercuti di kelantan. Maklumla sahaja cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Disini juga zaifai ingin mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina” kepada masyarakat cina. Moga sentiasa gembira selalu dan menikmati dalam kehidupan. Jika anda ingin tahu zaifai merupakan kali kedua pergi kelantan bersama keluarga.

Walaupun zaifai bercuti tetapi zaifai mempunyai tujuan yang lain di mana zaifai ingin mengetahui cara-cara dan tingkah laku masyarakat disana. Memang tidak dinafikan masyarakat disana sungguh berlainan dengan masyarakat di negeri lain. Zaifai sungguh kagum dengan semangat berkerjasama antara satu sama tidak kira generasi dulu dan generasi kini.

Selain itu juga zaifai dapati kaum perempuan pun tidak kurang hebatnya juga. Mereka sangat peramah terutama dengan pengunjung luar. Menurut kata orang kaum perempuan disana sungguh menarik perhatian memang terbukti kesahihan apabila zaifai sendiri melihat dengan mata sendiri. Sebelum ini zaifai hanya mendengar sahaja daripada orang sekeliling mengenai masyarakat disana.

Oleh itu zaifai berharap agar anda semua luangkan masa untuk bercuti di negeri orang bah kata pepatah “Jauh perjalanan luas pemandangan” dengan itu anda dapat melihat keindahan negeri-negeri lain selain itu juga dapat merapatkan silatulrahim serta menjalinkan ikatan persaudaraan, malah anda juga dapat melihat peluang-peluang perniagaan jika anda merupakan ahli perniagaan.

Sehingga kita berjumpa lagi.

(Berfikir,Bertanya dan Bertindak)

Friday, January 23, 2009

Adakah anda memahami tentang cinta

Untuk mempertahankan cinta yang anda bina itu seharusnya memerlukan pemahaman yang jelas tentang cinta. Tidak kira yang tersurat ataupun tersirat. Oleh yang demikian untuk anda yang masih belum memahami tentang fakta cinta ikutilah sedikit pendapat yang zaifai berikan.

* Cinta bukan sekadar perasaan penyayang tetapi apa yang lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan dalam hati kerana perasaan penyayang boleh datang dan pergi begitu sahaja. Malah cinta juga tidak akan berakhir kerana cinta tidak harus berakhir.

* Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya. Kekasih terbaik adalah sahabat yang cemerlang.

* Saat mencintai seseorang itu anda harus mempersiapkan diri untuk menerima segala keputusan dan penderitaan, kerana bukan cinta anda ianya untk kebahagian yang berterusan.

* Cintai seseorang itu seperti sungai yang mengalir selamanya, kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga, ia akan akan mati setibanya musim berganti.


Dengan ini zaifai mengharap kepada sesiapa yang baru dan mahu mengenali tentang cinta harus memahami terlebih dahulu dengan lebih mendalam mengenai percintaa, kerana biar anda akan merasa kenikmatan dan kebahagian yang kekal seperti mana anda mecintai Allah s.w.t.
Bagaimana pendapat kamu semua pula ??...

Memahami sesuatu perkara yang berharga dalam kehidupan anda yang sangat penting..
( Berfikir, Bertanya dan Bertindak )