Tuesday, January 27, 2009

Jauh perjalanan , Luas pemandangan

Dalam pembincangan kita hari ini merupakan topik yang baru ingin zaifai sampaikan. Mari kita lupakan sebentar tentang masalah yang anda hadapi sekarang. Sebelum zaifai meneruskan topik ini zaifai ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini disebabkan ada kerja-kerja yang tidak dapat dielakkan.

Pada minggu yang lepas zaifai dan keluarga pergi bercuti di kelantan. Maklumla sahaja cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Disini juga zaifai ingin mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina” kepada masyarakat cina. Moga sentiasa gembira selalu dan menikmati dalam kehidupan. Jika anda ingin tahu zaifai merupakan kali kedua pergi kelantan bersama keluarga.

Walaupun zaifai bercuti tetapi zaifai mempunyai tujuan yang lain di mana zaifai ingin mengetahui cara-cara dan tingkah laku masyarakat disana. Memang tidak dinafikan masyarakat disana sungguh berlainan dengan masyarakat di negeri lain. Zaifai sungguh kagum dengan semangat berkerjasama antara satu sama tidak kira generasi dulu dan generasi kini.

Selain itu juga zaifai dapati kaum perempuan pun tidak kurang hebatnya juga. Mereka sangat peramah terutama dengan pengunjung luar. Menurut kata orang kaum perempuan disana sungguh menarik perhatian memang terbukti kesahihan apabila zaifai sendiri melihat dengan mata sendiri. Sebelum ini zaifai hanya mendengar sahaja daripada orang sekeliling mengenai masyarakat disana.

Oleh itu zaifai berharap agar anda semua luangkan masa untuk bercuti di negeri orang bah kata pepatah “Jauh perjalanan luas pemandangan” dengan itu anda dapat melihat keindahan negeri-negeri lain selain itu juga dapat merapatkan silatulrahim serta menjalinkan ikatan persaudaraan, malah anda juga dapat melihat peluang-peluang perniagaan jika anda merupakan ahli perniagaan.

Sehingga kita berjumpa lagi.

(Berfikir,Bertanya dan Bertindak)

Friday, January 23, 2009

Adakah anda memahami tentang cinta

Untuk mempertahankan cinta yang anda bina itu seharusnya memerlukan pemahaman yang jelas tentang cinta. Tidak kira yang tersurat ataupun tersirat. Oleh yang demikian untuk anda yang masih belum memahami tentang fakta cinta ikutilah sedikit pendapat yang zaifai berikan.

* Cinta bukan sekadar perasaan penyayang tetapi apa yang lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan dalam hati kerana perasaan penyayang boleh datang dan pergi begitu sahaja. Malah cinta juga tidak akan berakhir kerana cinta tidak harus berakhir.

* Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya. Kekasih terbaik adalah sahabat yang cemerlang.

* Saat mencintai seseorang itu anda harus mempersiapkan diri untuk menerima segala keputusan dan penderitaan, kerana bukan cinta anda ianya untk kebahagian yang berterusan.

* Cintai seseorang itu seperti sungai yang mengalir selamanya, kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga, ia akan akan mati setibanya musim berganti.


Dengan ini zaifai mengharap kepada sesiapa yang baru dan mahu mengenali tentang cinta harus memahami terlebih dahulu dengan lebih mendalam mengenai percintaa, kerana biar anda akan merasa kenikmatan dan kebahagian yang kekal seperti mana anda mecintai Allah s.w.t.
Bagaimana pendapat kamu semua pula ??...

Memahami sesuatu perkara yang berharga dalam kehidupan anda yang sangat penting..
( Berfikir, Bertanya dan Bertindak )

Wednesday, January 14, 2009

Menlupakan si dia dengan cara....????

Hari ini zaifai ingin menulis tentang cara-cara kita mengatasi atau menlupakan bekas kekasih yang telah meninggalkan kita. Pertua dan tips yang zaifai tuliskan adalah berdasarkan pengalaman yang zaifai lalui selama ini tidak kira menyelesaikan masalah orang atau pun pengalaman zaifai sendiri. Tips ini sering digunakan oleh pasangan yang telah berputus cinta. Ikuti beberapa tips iaitu

* Elakkan / tidak mahu berjumpa lagi

Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah elakkan daripada berjumpa si dia. Walaupun terpaksa mengecewakannya namun anda harus berkeraskan hati untuk menolak pelawaan si dia lagi.

* Berikan hati kepada orang lain

Andai ada insan lain yang hadir mengetuk pintu hati anda ambil peluang ini untuk menlupakannya. Berikan peluang kepada insan yang lain untuk mengisi kekosongan hati anda itu. Mungkin cinta baru anda juga akan membuatkan anda bahagia dan secara tidak langsung anda dapat melupakan cinta kepadanya untuk selama-lamanya.

* Hapuskan kenangan yang lalu

Sekiranya ada kenangan yang lalu tidak kira manis ataupun duka antara anda dan si dia buanglah segala kenangan itu sejauh yang boleh dalam hidup anda. walaupun kenangan tersebut berbentuk hadiah buang sahaja dari simpanan anda kerana ia tidak berguna untuk anda malah akan membuat anda lebih derita.

* Bertemu pakar runding

Mungkin ada yang memandang rendah dengan cara sebegini dan merasakan ianya hanya membuang masa. Namun percayalah apabila anda berkongsi masalah dengan orang lebih pengalaman dan pakar dalam membantu pelbagai masalah, ia secara tidak langsung akan membantu anda membantu keputusan yang lebih matang serta tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Seperti zaifai juga merupakan pakar perunding yang boleh membantu anda dalam mengatasi masalah. Nantikan kemunculan laman web daripada saya. ( ZAIFAI.com )

Oklah sehingga berjumpa lagi yerk.

Ingat 3B (Berfikir, Bertanya dan Bertindak )

Monday, January 12, 2009

Kepercayaan atau sebaliknya ????

Hai apa khabar semua, harap anda berada dalam keadaan sihat bersama orang yang tersayang. Sudah 2 hari zaifai tidak menulis dalam blog ini. Maklumlah sibuk sikit dengan kerja-kerja yang melibatkan masalah peribadi. Pada hari sabtu dan ahad yang lepas zaifai telah pergi ke johor untuk menyelesaikan satu masalah 1 pasangan. Disini zaifai akan berkongsi dengan anda apa masalah yang berlaku terhadap pasangan itu.

Tajuk percintaan yang akan dibincangkan mengenai kepercayaan atau sebaliknya. Kepercayaan itu lahirnya dalam hati yang ikhlas dan jujur dalam sesebuah percintaan dan persahabatan. Tanpa adanya kepercayaan itu amat susah untuk mengekalkan kebahagian yang selalu anda inginkan.

Cuba anda teliti dan fahami apa yang zaifai ingin soalkan mengenai topik kepercayaan ini. Masalah ini sering berlaku kepada pasangan yang sedang bercinta. Selesai sahaja zaifai menerangkan masalah ini, zaifai minta pembaca blog ini sama-sama memberikan pandangan dan pendapat untuk kita berkongsi bersama.

“Pada hari sabtu, lelaki ini telah memberitahu teman wanitanya yang dia akan pergi kursus di kuala lumpur. Kursus tersebut bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga ke 6.30 petang. Tetapi si lelaki ini juga mempunyai seorang sahabat wanita yang amat rapat dengannya. Segala urusan lelaki ini sering diberitahu kepada wanita itu.

Persoalannya disini ialah apabila menjelang tengah hari wanita itu menelefon untuk mengajaknya membeli belah di sebuah shopping kompleks. Lelaki itu pun bersetuju untuk menemani wanita tersebut sehingga mengabaikan kursus itu, malah lelaki itu juga tidak memberitahu kepada teman wanitanya.

Dalam asyik membeli belah, secara kebetulan sedara kepada teman wanitanya telah terserempak dengan lelaki ini lalu menelefon untuk memberitahu kepadanya apa yang dia nampak sewaktu di shopping kompleks.

Selepas itu teman wanita terus menelefon teman lelakinya untuk bertanyakan perkara yang sebenar. Lalu lelaki tersebut telah menceritakan bahawa dia tidak ada keluar dengan sesiapa di shopping kompleks. Teman wanitanya menjadi tidak tentu arah dan keliru apa yang telah dijelaskan kepadanya".

Disini zaifai ingin meminta anda memberikan pandangan, siapakah yang perlu di percayai oleh teman wanitanya itu adakah sedaranya yang lebih mempercayai kerana ada kaitan dengan persaudaraan atau teman lelakinya sendiri.

Ok nanti zaifai akan menjawab persoalan ini pada bahagian kedua..

Jangan lupe 3B ( Berfikir , Bertanya dan Bertindak )

Thursday, January 8, 2009

6 keadaan membuat lelaki menangis

Ok hari ini merupakan topik yang paling menarik untuk di kongsikan bersama. Kali ini zaifai ingin berkongsi dengan anda semua tentang 6 keadaan mengapa lelaki menangis ??? Sungguh tidak percaya bukan...??? Mana tidaknya lelaki pun boleh menangis, apa pendapat anda ?? Ikuti 6 keadaan tersebut yang zaifai dapat kumpulkan

1) Putus hubungan dengan kekasih

Menurut kajian mendapati lelaki yang amat menyayangi buah hatinya pasti menangis bila hubungan terpisah. Biasanya lelaki tidak boleh menerima hakikat hubungan cinta akan tersekat sekerat jalan dan tidak berakhir dengan sebuah perkahwinan. Mereka akan menangis kerana gara-gara malu.

2) Bila jatuh sakit

Ada sesetengah lelaki akan menangis apabila jatuh sakit, lebih-lebih lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan sebagai suami akibat penyakit yang dihadapinya.

3) Kehilangan pasangan

Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak ego bila pasangan meninggalnya. Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat dukanya amat luka untuk disembuhkan.

4) Tertekan

Tidak kira bebanan perkejaan, masalah peribadi dan sebagainya akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan singkat mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan. Namaun itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

5) Bertengkar dengan pasangan

Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam sesuatu perhubungan. Lebih memburukkan apabila kekasihnya meminta putus apabila perbalahan berlaku.

6) Melihat anak-anak sakit

Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan tatkala melihat anak-anaknya mengalami penyakit yang teruk atau kronik malah tidak dapat di selamatkan lagi.

Wahhhh... bagaimana perasaan anda seorang lelaki ?? adakah anda setuju dengan 6 keadaan diatas.. Jika anda tidak setuju silakan berikan diruangkan komen yerk..

Hingga berjumpa lagi jangan lupa 3B ( Berfikir , Bertanya dan Bertindak )

Tuesday, January 6, 2009

kekalkah persahabatan antara lelaki dan perempuan

Bagi tips persahabatan zaifai ingin memberikan pendapat tentang persahabatan lelaki dan wanita. Anda sedia maklum bahawa lelaki dan wanita mempunyai perangai dan gaya yang tersendiri. Jadi persoalannya adakah kedua-duanya menjadi sahabat yang baik malah membina hubungan yang kekal untuk selamanya. Ramai juga yang berikan pendapat bila lelaki dan perempuan berkenalan atau bersahabat ,ia sering kali bersulam dengan kedatangan rasa cinta.
Tidak kira atau meskipun berbeza latar belakang , hobi dan sebagainya itu semua bukanlah satu alasan untuk anda mencipta satu persahabatan atau perhubungan yang sejati serta meluahkan apa saja yang anda terbuku dihati selama ini. Bagi zaifai jawapannya mudah sahaja. Mari ikuti beberapa tips yang ingin zaifai berikan untuk sebagai panduan anda melayari hubungan istimewa ini.

i. Tidak hipokrit ataupun menipu

Anda tidak perlu hipokrit atau berlakon dalam mencari sahabat yang sejati. Memang tidak dinafikan bahawa lelaki biasanya akan memilih rakan lelaki sebagai kawan karib ini kerana kawan karib yang lebih memahami dan selesa untuk menceritakan sesuatu. Begitu juga dengan wanita yang lebih senang memilih rakan wanita kerana pada satu ketika mereka boleh berkongsi mengenai hal-hal yang sensitive dan rahsia sesama mereka sahaja.

Tetapi dalam erti bersahabat anda perlu faham tujuan wujudnya sebuah persahabatan itu terjalin. Mungkin pada mulanya anda akan merasa tidak selesa jika berhadapan dengan keadaan dimana rakan baik anda ialah rakan berlawanan jantina ( lelaki ). Yaaa mungkin juga anda takut akan ditertawakan orang disekeliling anda.

Tetapi percayalah jika anda serasi bersama , hubungan yang anda bina itu pada mulanya agak janggal itu akan bertukar menjadi erat. Siapa yang tahu hidup anda akan lebih bermakna dengan kehadirannya sebagai teman rapat. Tapi zaifai minta yang paling penting anda tidak berpura-pura atau hipokrit dalam bersahabat.

ii. Bersikap terbuka

Mulakan persahabatan anda dengan menyemai perasaan terbuka. Zaifai menganggap perkara sebegini adalah benar kerana setiap kata-kata sindiran atau ejekan yang tidak menyenangkan teliga selama anda menjalinkan hubungan dengannya.

Bagi seorang yang realistic dengan keadaan , anda tidak akan cepat panas baran ataupun melatah dengan segala ejekan yang datangnya dari teman-teman anda sendiri. Sebaliknya anda mesti tetapkan dengan pendirian anda untuk meneruskan hubungan dengannya walaupun ada segelitir rakan yang lain tidak gemar dan senang dengan langkah yang anda ambil.

Anda perlu paham setiap orang mempunyai pandangan dan pendirian yang berlainan. Begitu juga dengan anda harus mempunyai sikap yang terbuka untuk berkawan baik dengan sesiapa sahaja yang anda sukai. Selagi anda tidak melanggar batas-batas persahabatan , selagi itulah anda akan merasa selesa bersama dengannya..

iii. Jujur dan amanah

Kunci atau tips yang kekalnya sesebuah persahabatan itu terjalin adalah kejujuran dan sikap amanah hati anda. Jika niat anda baik , sudah tentu anda tidak akan disalah anggap oleh orang sekeliling.

Malah jika hubungan yang dibina membuatkan anda rasa selesa dan saling memahami tidak mungkin rakan anda yang lain akan memberikan lampu hijau kepada anda untuk meneruskan persahabatan itu.

Yaaa tidak dinafikan bukan mudah untuk menerima sahabat yang berlainan jantina. Apatah lagi jika anda telah mempunyai kekasih hati. Segala sangka buruk akan berlaku walaupun hubungan anda berdua sekadar kawan. Zaifai membuat rumusan yang paling penting ialah keikhlasan anda sendiri. Insyallah sekiranya anda percaya atau tidak hubungan yang mempunyai cirri-ciri diatas akan kekal sampai bila-bila…

Disini adalah sedikit tips yang telah zaifai kongsi dan berikan kepada anda. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang “ kekalnya sebuah persahabatan antara lelaki dan perempuan” jangan lupa lawati laman web zaifai iaitu ZAIFAI.COM. segala informasi , persoalan dan tips akan disediakan. Tunggu sahaja perlancaran yang akan di beritahu nanti.

Ok kita berjumpa di tips 3B di lain hari.. seperti biasa jangan lupa ( Berfikir , Bertanya dan Betindak )untuk mengubah diri anda lebih bermakna.

Sunday, January 4, 2009

Apa nak buat jika berlaku perpisahan.....

Haaa… tentunya ramai diantara anda yang tahu apa maknanya “break” ataupun “clash” dalam perhubungan bukan ??? zaifai tahu ada di kalangan anda pernah mengalami situasi sebegini malah zaifai pun pernah mengalaminya. Sungguh perit apabila terjadinya kepada diri sendiri. Keadaan ketika itu amat menyedihkan kerana orang yang kita sayangi telah tiada bersama. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna lagi. Air mata banyak telah mengalir keluar dan pada saat itu pelbagai memori indah bersama pasangan hadir satu persatu dalam pemikiran.

Tetapi sayangnya semua tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda yang anda impikan. Tidak kurang juga ada beberapa rakan-rakan zaifai yang datang bertanya apa yang perlu dilakukan apabila sesuatu hubungan itu sudah terputus…

Dia sebenarnya tidak tahu apa yang patut dia lakukan di saat kekecewaan yang mendatang… Dia terasa amat sedih dan tertekan dengan situasi begini. Jadi kali ini biarlah zaifai berkongsi beberapa tips yang boleh anda guna seandainya perkara sebegini berlaku kepada anda…
Sebelum itu zaifai ingin mengetahui kaedah serta tip daripada pembaca blog ini yang pernah mengalami situasi diatas. Agar kita dapat berkongsikan bersama pengalaman dan detik anda kepada kita semua….

Kita jumpa di bahagian kedua nanti… jangan lupa kongsi bersama pengalaman anda….

Ok ingat 3B yerk ( Berfikir , Bertanya dan Bertindak )

Saturday, January 3, 2009

Lafazkan ungkapan " I love U "


I love U atau aku cinta padamu adalah satu ungkapan yang amat terlalu istimewa. Apakah tidaknya , ia sering diucapkan kepada orang yang tersayang…. Adakah anda pernah mengucapkan “I love U” kepada pasangan anda atau anda pernah mendengar dari mulut pasangan anda sendiri J.

Ada ke orang yang ucapkan “I love U” kepada orang yang dibenci??? Sudah pasti tidak bukan. Kalau dengan orang yang anda benci mesti anda akan mencemuh dia seteruk yang mungkin. Harap-harap tidak pernah berlaku terhadap anda J. Cuba anda bayangkan jika anda panas baran , habis semua ayat-ayat akan dilemparkan disebabkan terlalu mara dan benci kepadanya..

Jika anda hendak tahu sebenarnya “I love U” sangat unik sekali. Anda tidak akan ucapkan kepada orang lain melainkan orang yang anda sayangi… Misalnya orang yang anda sayangi tidaklah semestinya kekasih anda , ia juga termasuk dengan ibu-bapa anda, adik-beradik, anak-anak, kawan-kawan dan sebagainya..
Dan adalah amat pelik juga kalau ucapan “I love U” itu diucapkan atau dituju dengan sesuka hati pada orang lain. Tidak ada keunikan atau istimewa jikalau ucapan itu mudah diperolehi sebegitu mudah. Oleh itu janganlah anda mempermainkan ungkapan aku cinta padamu dengan sesuka hati…. Kerana andai tersilap ungkap akan mengecewakan hati dan perasaan orang lain… L

Boleh kongsi bersama-sama pengalaman anda dengan topik kita hari ini moga akan jadikan pengajaran di masa akan datang…

Ok…. Ingat 3B yerk ( berfikir , bertanya dan bertindak )

Friday, January 2, 2009

Perlukah " BERAHSIA"

Setiap pasangan bercinta tentunya mempunyai cara tersendiri untuk memastikan hubungan mereka kekal hingga ke akhirnya. Ada sesetengah pasangan bercinta mahu bercerita segala apa yang berlaku dan dilakukannya.kalau tidak pun menceritakan apa yang dia makan , apa yang dirasanya , apa perasaan dia pada ketika itu dan bermacam-macam lagi. Tetapi tidak semua yang perlu anda beritahu bukan ???...

Memang tidak salah untuk anda berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan, memang la patut anda tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelakkan timbulnya masalah dalam hubungan anda. Cuba anda fikirkan sendiri jika sekiranya dia mendapat tahu anda telah menipunya ?? tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk…

Pada masa yang sama , anda juga tidak boleh terlalu jujur sehingga semua benda ingin di ceritakan kepada pasangan anda sekiranya ditanya… contohnya anda mungkin pernah bertanya apakah lauk yang mereka makan hari ini…. Adalah amat biasa bagi pasangan untuk bertanyakan soalan sebegini , malah ada juga yang bertanyakan soalan yang tidak berkaitan.

Tetapi anda harus tahu memang ada perkara yang perlu anda rahsiakan. Diantaranya sekiranya perkara itu adalah rahsia yang menlibatkan rakan , keluarga serta perkerjaan. Ini akan mengakibatkan anda tidak amanah....

Jadi semuanya terpulang kepada anda. Apa yang ingin dirumuskan adalah anda boleh berahsia tetapi jangan menipu.. Binalah hubungan , persahabatan dan percintaan yang jujur dan ikhlas..